Isnin, 11 Ogos 2014

FUNGSI BANK ISLAM DALAM EKONOMI

PENDAHULUAN


Islam sebagai sistem hidup yang lengkap dan sempurna telah mengetengahkan satu bentuk ekonomi dan kewangan yang ideal demi menjamin keuntungan individu dan masyarakat secara serentak. Pelaksanaan sistem ekonomi Islam secara sepenuhnya membawa kearah keamanan dan keadilan sosial. prinsip pegangan dalam ekonomi Islam ialah Allah s.w.t. sebagai empunya mutlak segala harta kekayaan, manusia pula bertindak sebagai pihak pengusaha yang menjalankan amanah dengan baik , mengamalkan dasar terbuka, tolong-menolong dan bekerjasama dalam masyarakat. Pelaksanaan sistem ini lebih penting lagi menjauhkan manusia dari kemurkaan Allah (s.w.t) dan penyakit hati seperti dengki, khianat, pergaduhan dan kezaliman yang kesannya akan merugikan umat Islam sendiri secara keseluruhannya.


BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Bank Islam yang pertama di Malaysia ialah Bank Islam Malaysia Berhad yang ditubuhkan sebagai syarikat berhad pada 1 Mac 1983.Ia memulakan perniagaan sebagai bank perdagangan pada Julai 1983.Fungsi utama Bank Islam dari segi ekonominya adalah lebih kurang sama dengan sistem bank konvensional.Bertujuan untuk menghubungkan dan menyalurkan modal atau dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan.

Objektif Bank Islam

1. Menggalak,memupuk dan membangunkan penggunaan prinsip undang-undang dan tradisi Islam kepada urus niaga, perniagaan, kewangan, bank dan urusan lain.

2. Menggalakkan syarikat pelaburan yang mengikut prinsip Islam.


Prinsip Bank Islam

  • Tidak membenarkan faedah
  • Menjalankan perniagaan dan perdagangan atas dasar     yang adil,saksama dan halal di sisi agama
  • Mengeluarkan zakat
  • Tidak membenarkan monopoli
  • Bekerjasama untuk membangunkan ummah


Matlamat Korporat BIMB


Terdapat enam matlamat:


Pertama, menyediakan kemudahan dan perkhidmatan perbankan Islam yang tinggi kualitinya kepada pelanggan. Selain itu bank islam juga mencapai keteguhan dan kadar keuntungan yag baik untuk terus berkembang. Disamping itu, bank islam bermatlamat untuk memaju dan mengembangkan pengurusan yang berwibawa dan inovatif yang memiliki sikap amanah dan professionan. Seterusnya, mewujudkan golongan tenaga kerja yang bermotivasidan memberikan khidmat yang cekap dan berspan-santun kepada pelanggan. Selain itu, mereka sentiasa berusaha memelihara kepentingan pemegang-pemegang saham. Akhir sekali, sentiasa sedar akan kewajipan dan tanggungjawab sebagai korporat islam



Hukum Dan Peraturan Syariah Dalam Operasi BIMB


Selaras dengan matlamat penubuhannya,BIMB menjalankan urusan dan kreditnya mengikut prinsip-prinsip Islam,iaitu mengikut hukum syariah. Berikut adalah hukum tersebut:


i)    Mudharabah(Al-Mudharabah)

Perjanjian perkongsian antara pemberi pinjaman dan pengusaha bahawa pemberi pinjaman bersetuju membiayai projek pengusaha berdasarkan keuntungan bersama.

ii)   Musyarakah (Al-Musyarakah)

Satu perniagaan untuk satu kegiatan perniagaan tertentu dengan tujuan membuat keuntungan ,yang bank bukan sahaja menyediakan modal tetapi juga terlbat dalam pengurusan.

iii)  Jualan Dengan Tambah Untung (Al-Murabahah)

Penjualan barang-barang pada harga yang meliputi harga belian ditambahi margin untung yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

iv)  Jual Dengan Harga Tangguh (Bai’Bithaman Aji)

Peminjam dibenarkan menangguhkan penyelesaian pembayaran bagi barang-barang yang dibeli dalam tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

v)  Upahan(Al-Ijarah)

Konsep kewangan pajakan syariah,iaitu bank membeli harta yang dikehendaki oleh pelanggan dan kemudian memajakkan harta itu kepada pelanggan untuk tempoh tertentu dengan mengenakan sewa pajakan dan syarat-syarat lain yang disetujui oleh kedua-dua pihak.

vi)  Sewa jual (Al Bai’al Takjiri)

Ianya membenarkan penyewa mengambil alih harta yang dipajakkan.

vii) Jualan Salam (Bai’ al-Salam)

Merupakan perjanjian jual beli barang tertentu antara pemilik barang dan pembeli. Apabila pembeli menyerahkan bayaran barang dengan serta merta dan pemilik barang menangguhkan penyerahan barang tersebut sehingga suatu tempoh yang tertentu.

viii) Pinjaman Kebajikan (Al-Qardh al-Hassan)

Pinjaman ikhlas yang mewajibkan peminjam membayar kembali kepada pemberi pinjamjumlah asal modal yang dipinjam apabila pinjaman tersebut cukup tempoh.

ix) Wakalah (Al-Wakalah)

Perjanjian antara seorang pelanggan dengan banknya,iaitu pelanggan melantik banknya sebagai agen untuk menjalankan urusannya.

x) Jaminan Hutang atau Perlaksanaan Kerja (Al Kafalah)

Perjanjian antara seorang pelanggan dengan banknya,,iaitu bank memberi jaminan akan memenuhi tanggungjawab pelanggan kepada pihak ketiga.

xi) Wadi’ah (Al-Wadi’ah)

Persetujuan untuk menyimpan harta tidak termasuk harta tetap,dalam jagaan pihak lain yang tidak merupakan tuan punya atau mana-mana harta yang disimpan pada bukan pemilik untuk dijaga.

xii) Gadaian(Al rahnu)

Gadaian adalah perjanjian di antara penggadai dengan pihak yang menerima gadaian,apabila penggadai mengemukakan sesuatu berharga sebagai cagaran atau sandaran kepada pihak yang menerima gadaian.

Jenis-Jenis Simpanan

Bank Islam menyediakan tiga jenis akaun deposit iaitu akaun deposit semasa, akaun deposit simpanan dan akaun deposit pelaburan.


SISTEM KEWANGAN ISLAM DEKAD 1990 AN HINGGA KINI


Hujah yang digunakan oleh pihak bank untuk membenarkan pemberian hadiah adalah daripada hadis rasulullah saw yang diriwayatkan oleh BUKHARI-MUSLIM. Rasulullah saw telah meminjam seekor unta daripada seorang arab Badwi, kemudian baginda membayarnya dengan seekor unta jantan yang lebih besar ukuran dan berumur enam tahun. Lantas baginda bersabda: “Sesungguhnya sebaik-baik manusia ialah orang yang membayar hutangnya dengan cara yang lebih baik. Dengan ini jelas bahawa tambahan pembayaran dalam hadis diatas bukannya tambahan dari jumlah kuantiti atau jenis harta yang dipinjamkan. Juga bukan tambahan daripada pinjaman yang telah disepakati. Namun apa yang berlaku ialah rasulullah saw membayar seekor unta jantan dengan jumlah yang sama iaitu seekor unta jantan. Hanya unta jangan yang dibayar oleh baginda dan tua umurnya.   

BANK ISLAM DAN BARANG JAMINAN


Bank dibenarkan untuk menjual barang yang dicagarkan untuk membuat pinjaman sekiranya peminjam gagal membayar hutang apabila terdapat lebihan daripada jualan tersebut, maka bank islam akan menyerahkan lebihan tersebut kepada peminjam. Tindakan bank tersebut bertentangan dengan hokum syarak dan sama seperti tindakan semasa zaman jahiliah, dimana sekiranya penggadai tidak mampu menjelaskan hutang pada waktu yang ditetapkan, maka barang tersebut menjadi milik pemengang barang gadaian.


SISTEM KERJA BANK ISLAM


Bank islam merupakan badan perantara antara dua kumpulan pelanggan ( nasaba) iaitu kumpulan yang hanya menyimpan wang dan kumpulan yang terdiri daripada mereka yang bertindak sebagai pemberi pinjaman atau penyimpan yang mana mereka boleh mempergunakan wang mereka semula. Kesemua wang yang berasal daripada kedua-dua nasabah diatas akan digunakan oleh pihak bank untuk aktiviti perlaburan projek perniagaan atau aktiviti yang dapat menyumbangkan keuntungan. Dalam usaha mengumpulkan modal, bank lazimnya menyediakan tiga jenis akaun simpanan iaitu akaun semasa, akaun simpanan dan akaun tetap. Simpanan didalam bank adalah berbentuk wadiah. Mengikut hukum fiqh, simpana wadiah  tidak boleh digunakan tanpa mendapat izin daripada penyimpan jika mendapat keizinan statusnya akan berubah kepada modal atau syirkah.


ISLAM DAN EKONOMI


Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap yang merangkumi sebagai aspek kehidupan, berbeza dari agama-agama lain dari segi menangani masalah ekonomi yang merupakan satu aspek daripada system kehidupan yang menyeluruh. Islam mempunyai nilai yang berbeza dari segi menentukan perlakuan ekonomi. Oleh sebab islan bererti “ tunduk dan menyerah diri “ kepada allah swt, maka kegiatan ekonomi dalam islam juga dalam konteks penyerahan diri kepada allah swt. Apabila menjalani hidup berekonomi, umat islam wajib mematuhi syariat allah swt dalam bentu amal, iktiqad dan akhlak.


Segala amalan ekonomi mestilah merujuk pada perintah allah swt dari segi halal dan haram, wajid dan sunat dan harus makruh. Yang haram dan ( kalau boleh) yang makruh perlu ditinggalkan. yang wajib ( kalau boleh) yang sunat dikerjakan. Umat islam juga perlu ditanam dengan keyakinan bahawa asas penentuan hokum tersebut adalah hak allah swt, tanpa perlu dipersoalkan lagi. Mereka perlu mengamalkanya dengan penuh yakin dengan menyedari bahawa system ekonomi yang berpandu pada hukum allah swt sahaja lah yang terbaik dan izinkan.

KESIMPULAN


Pada dasarnya, pendirian isntitusi perbankan yang berlandaskan syarak adalah  harus. Namun setiap aktiviti yang ingin dilaksanakan haruslah dikaji dengan teliti agar tidak bertentangan dengan syarak. Pemulihan dalam  kegiatan ekonomi secara keseluruhannya perlu dipikul oleh pemerintah agar hukum  syariat dapat diterapkan dalam kehidupan umat islam keseluruhannya namun perbankan islam perlu mengambil langkah untuk menaik tarafkan sistem perbankan islam untuk meningkatkan lagi kegiatan ekonomi seperti menyumbangkan dana untuk mendirikan sekolah atau masjid.